Search our sites

Search past winners/finalists

Bahasa melayu

IBA Montage

Kami menjemput organisasi anda untuk mengemukakan pencalonan ke 2025 (19th annual) Stevie® Awards for Sales & Customer Service program. Anugerah perdana dunia untuk khidmat pelanggan, pembangunan perniagaan, dan jualan professional yang dikeluarkan oleh pencipta anugerah berpristij, Anugreah Perniagaan Antarabangsa (International Business Awards® ) dan Anugerah Perniagaan Amerika Syarikat (American Business Awards®).

Jika anda ingin menerima kit kemasukan yang memaparkan arahan lengkap tentang bagaimana untuk menyediakan dan mengemukakan pencalonan anda, masukkan alamat emel anda di sini dan kami akan menghantarkannya kepada anda. Kami mempunyai polisi privasi yang ketat dan tidak akan mengongsikan alamat emel anda dengan sesiapa pun tidak kira apa alasan pun.

 

Ini adalah satu-satunya halaman di laman web ini yang anda akan lihat dalam bahasa ini. Halaman-halaman lain adalah dalam Bahasa Ingerris, seperti dalam kit kemasukan. Ini adalah kerana kami memerlukan pencalonan dikemukakan dalam Bahasa Ingerris, agar perniagaan professional seluruh dunia boleh mengambil bahagian dalam proses pengadilan.

Tentang Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan

Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan mengiktiraf pencapaian untuk khidmat pelanggan, pusat perhubungan, pembangunan perniagaan dan jualan professional merata dunia. Organisasi Anugerah Stevie yang menghadiahkan anugerah ini, adalah dari Amerika Syarikat. Kami adalah pengajur untuk lapan pertandingan Anugerah Stevie yang berlainan, di mana anda boleh ketahui lebih lanjut di www.StevieAwards.com Piala Anugerah Stevie telah menjadi antara hadiah yang paling diingini di seluruh dunia.

Pada tahun 2024, Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan telah dianugerahkan kepada organisasi dan individu dari lebih daripada 50 negara di jamuan gala yang dianjurkan di Last Vegas, Nevada, U.S.A Klik sini untuk lihat senarai pemenang edisi 2024.

Kategori-Kategori

Terdapat pelbagai jenis kategori-kategori anugerah untuk dipilih dalam Anugerah Stevie untuk Jualan & Khidmat Pelanggan Jika anda memilih untuk mengambil bahagian, anda perlu memilih kategori yang padan dengan pencapaian yang organisasi anda inginkan untuk diiktiraf dan sediakan pencalonan anda berdasarkan arahan untuk kategori-kategori tersebut. Antara jenis kategori-kategori yang tersedia adalah seperti berikut:

  • Jualan  
    • Jualan Individu
    • Pasukan Jualan
    • Pencapaian Jualan
    • Jualan Perbezaan
  • Khidmat Pelanggan & Pusat Perhubungan
    • Khidmat Pelanggan & Pusat Perhubungan Individu
    • Pasukan Khidmat Pelanggan & Pusat Perhubungan
    • Pencapaian Khidmat Pelanggan & Pusat Perhubungan
    • Bahagian Khidmat Pelanggan
    • Kejayaan Khidmat Pelanggan
  • Produk & Perkhidmatan Baru
  • Pembekal Penyelesaian
  • Pembangunan Perniagaan

Sebuah senarai dan huraian kategori-kategori ada di dalam kit kemasukan

Pencalonan memerlukan pengemukaan esei bertulis sehingga 650 patah perkataan panjang yang menghuraikan pencapaian pencalonan dalam tempoh sah, atau sebuah video sehingga lima (5) minit panjang yang menghuraikan benda sama. Calon boleh terdiri daripada individu, sebuah pasukan, sebuah produk baru atau perkhidmatan atau seluruh organisasi.

Anugerah

Anugerah Stevie 2025 dalam kategori jualan dan perkhidmatan pelanggan akan diumumkan pada 6 Mac. Pemenang akan diiktiraf pada majlis di New York City pada 10 April. Pemenang tidak perlu menghadiri majlis tersebut.

Hubungi

Anugerah Stevie mempunyai wakil-wakil di banyak negara. Wakil-wakil ini akan memberikan maklumat dan membantu organisasi di negara-negara tersebut untuk menyertai anugerah ini. Untuk lihat sama ada terdapat wakil di negara anda, klik sini.

Anda juga boleh menghubungi penganjur di alamat berikut:

The Stevie Awards
10560 Main Street, Suite 519
Fairfax, Virginia 22030, USA
Telefon: +1 703-547-8389
Fax: +1 703-991-2397
Emel: help@stevieawards.com