Bahasa melayu
Kami menjemput organisasi anda untuk mengemukakan pencalonan kepada Anugerah Stevie® 2025 (ke-22) untuk Wanita dalam Perniagaan. Program anugerah perniagaan perdana dunia khususnya untuk wanita dihasilkan oleh pencipta Anugerah Perniagaan Antarabangsa® dan Anugerah Perniagaan Amerika Syarikat®.
Jika anda ingin menerima kit kemasukan yang memaparkan arahan lengkap tentang bagaimana untuk menyediakan dan mengemukakan pencalonan anda, masukkan alamat emel anda di sini dan kami akan menghantarkannya kepada anda. Kami mempunyai polisi privasi yang ketat dan tidak akan mengongsikan alamat emel anda dengan sesiapa pun tidak kira apa alasan pun.
Ini adalah satu-satunya halaman di laman web ini yang anda akan lihat dalam bahasa ini. Halaman-halaman lain adalah dalam Bahasa Ingerris, seperti dalam kit kemasukan. Ini adalah kerana kami memerlukan pencalonan dikemukakan dalam Bahasa Ingerris, agar bisnes professional seluruh dunia boleh mengambil bahagian dalam proses pengadilan.
Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan memberi kehormatan kepada pencapaian usahawan, eksekutif, pekerja wanita dan organisasi yang diuruskan oleh wanita di seluruh dunia. Organisasi Anugerah Stevie, yang mempersembahkan anugerah ini, berpangkalan di Amerika Syarikat. Mereka merupakan penganjur kepada lapan pertandingan Anugerah Stevie berbeza, yang mana anda boleh ketahui lebih lanjut di www.StevieAwards.com. Piala Anugerah Stevie telah menjadi salah satu hadiah yang didambakan di dunia.
Pada tahun 2024, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan telah dianugerahkan kepada organisasi dan individu-individu dari lebih daripada 30 negara. Klik di sini untuk lihat senarai pemenang untuk edisi tahun 2024.
Terdapat pelbagai jenis kategori-kategori anugerah untuk dipilih dalam Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan. Jika anda memilih untuk mengambil bahagian, anda perlu memilih kategori yang padan dengan pencapaian yang organisasi anda inginkan untuk diiktiraf dan sediakan pencalonan anda berdasarkan arahan untuk kategori-kategori tersebut. Antara jenis kategori-kategori yang tersedia adalah seperti berikut:
- Kategori Anugerah Wanita Individu termasuk
- Usahawan Wanita Tahun Ini
- Inovator Wanita Tahun Ini
- Eksekutif Wanita Tahun Ini
- Pekerja Wanita Tahun Ini
- Kategori Anugerah Syarikat/Organisasi (milik atau diketuai wanita)
- Kategori Anugerah Produk & Perkhidmatan Baru (Dibangunkan oleh/untuk wanita)
- Kategori Anugerah Komunikasi & Pemasaran (Dibangunkan oleh/untuk wanita)
- Kategori Anugerah Media (Dibangunkan oleh/untuk wanita)
- Kategori Pencapaian
Sebuah senarai dan huraian kategori-kategori, dan keperluan pengemukaan untuk setiap kategori, tarikh akhir kemasukan, dan sebarang pembayaran kemasukan yang diperlukan telah digariskan dalam kit kemasukan.
Para finalis untuk Anugerah Stevie 2025 untuk Wanita dalam Perniagaan akan diumumkan pada 19 September. Pemenang Anugerah Stevie untuk Emas, Perak dan Gangsa kemudiannya akan diumumkan pada majlis makan malam gala di New York City. Dalam majlis itu, trofi Anugerah Stevie Emas dan pingat Perak dan Gangsa akan disampaikan kepada pemenang.
Sila hubungi kami jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan atau mana-mana program Anugerah Stevie lain.
The Stevie Awards
10560 Main Street, Suite 519
Fairfax, Virginia 22030, USA
Telefon: +1 703-547-8389
Fax: +1 703-991-2397
Emel: help@stevieawards.com